Penyemakan Ujian & Analisis Item, AI AI v5.0 (998KB) | Bayaran Pendaftaran: - RM500 (organisasi) - RM50 (individu) Pesanan Individu |
Perisian AI v5.0 mempunyai kemudahan untuk mengekspot data ke dalam format data untuk kegunaan perisian QUEST. Dua data fail dapat dijana secara otomatik: fail kawalan (.CTL) and fail data (.DAT).
Perisian ini pada asalnya dibangunkan bagi memenuhi keperluan maktab perguruan untuk membuat analisis item terhadap peperiksaan perguruan asas. Versi yang diperkenalkan di sini adalah dibangunkan semula dalam persekitaran Windows menggunakan bahasa pengaturcaraan Delphi. Secara ringkas perisian Penyemakan Ujian dan Analisis Item membolehkan seseorang menaipkan respon (jawapan) calon bagi satu ujian/peperiksaan aneka pilihan. Kemudian perisian ini akan menyemak dan melaporkan skor serta merta bagi setiap calon, dan menjalankan analisis item serta mengira statistik asas selepas semua respon telah dimasukkan. Antara lain ia mengira Indeks Kesukaran, Indeks Diskriminasi (kunci dan pengganggu), Min, Sisihan Piawai, Skor Mentah dan Skor-z/T. Juga disediakan kemudahan mengenalpasti calon yang menjawab betul/salah atau yang memilih mana-mana opsyen jawapan. Ini membolehkan anda mengenalpasti calon-calon yang lemah bagi setiap soalan. Perisian ini dapat juga mentafsir setiap item dari segi kesesuaian pengganggu-penganggunya. Hasil analisis item ini dapat membantu anda memilih soalan yang berkualiti untuk dikumpulkan dalam bank soalan/item. Lihat artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konsep Analisis Item.
| Contoh-contoh skrin AI (klik untuk saiz penuh)
| Masuk Respon Calon
| Senarai Keputusan | Hasil Analisis Item
| Tafsiran Item & Pengganggu | Calon Menjawab Betul | Calon Menjawab Salah |
Home | Software | Free Utilities | Download | Mailing List | Enquiry | About |