|
Membuat tuntutan perjalanan setiap bulan merupakan kerja rutin yang memakan masa. Saya bina perisian ini mengikut keperluan tuntutan seorang pensyarah dan ia dapat menjimatkan banyak masa saya setiap bulan terutamanya di musim penyeliaan praktikum. Perisian ini dibina mengikut spesifikasi "Borang Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri" yang biasa digunakan oleh pegawai-pegawai kerajaan untuk membuat tuntutan perjalanan bulanan. Jika dimasukkan data-data yang betul, perisian ini dapat mengira secara otomatik tuntutan perjalanan mengikut jarak perjalanan kenderaan dan kelas kenderaan, mengira elaun makan/harian/lojing serta lain-lain tuntutan, mengira jumlah tuntutan, serta mencetak borang mengikut spesifikasi Borang Tuntutan biasa. Klik untuk melihat bagaimana perisian ini berfungsi. Mulai 1 Januari 2006, tuntutan perjalanan adalah mengikuti kadar baru seperti dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2006. Perisian ini (Claim v5.0) telah diprogram untuk mengambil kira perubahan tersebut. Bagi tuntutan perjalanan yang berlaku sebelum Januari 2006, perisian ini secara otomatik akan menggunakan kadar lama. :) | Contoh-contoh skrin Claim (klik untuk saiz penuh)
| Maklumat Umum Pegawai
| Tuntutan Perbatuan | Preview Cetakan m/s 1 | Preview Cetakan m/s 2 |
Home | Software | Free Utilities | Download | Mailing List | Enquiry | About | |