Langkah 1 - Menakrifkan Destinasi & Jarak (Perbatuan)
Memilih Menu Edit Destinasi & Jarak.
Langkah ini menakrifkan destinasi-destinasi yang sering dikunjungi, jika ada (seperti sekolah-sekolah praktikum) bagi memudahkan proses memasukkan butiran perjalanan setiap kali tuntutan dibuat. Selepas ditakrifkan, nama dan perbatuan destinasi-destinasi ini akan muncul dalam pilihan dropdown list semasa memasukkan butiran perjalanan.
Langkah 2 - Memasukkan Butiran Umum
Di sini dimasukkan butiran umum tuntutan. Selepas tuntutan pertama dibuat melalui perisian Claim, maka butiran umum ini (kecuali tarikh tuntutan) akan digunakan semula pada tuntutan-tuntutan seterusnya.
Langkah 3 - Memasukkan Butiran Perjalanan
Jika sebelum ini sudah ditakrifkan destinasi perjalanan, maka langkah memasukkan butiran perjalanan akan menjadi lebih mudah lagi. Perisian ini dapat memproses dan mengasingkan berbagai jenis tuntutan seperti tuntutan perbatuan, teksi, dan lain-lain bagi setiap perjalanan. Tuntutan perbatuan akan dikira secara automatik berdasarkan jumlah jarak perjalanan dan kategori kenderaan yang ditakrifkan pada butiran umum (Langkah 2).
Langkah 4 - Memasukkan Butiran Tuntutan Elaun
Di sini dimasukkan pelbagai tuntutan elaun dan perisian Claim akan mengira jumlah tuntutan berdasarkan kadar-kadar yang dimasukkan.
Langkah 5 - Melihat Jumlah Tuntutan
Jadual ringkasan jumlah tuntutan bagi pelbagai kategori boleh dilihat pada bila-bila masa dengan menekan butang Kira Semula.
Langkah 6 - Mencetak/Preview Borang Tuntutan
Pilihan "Cetak Tuntutan" digunakan untuk mencetak atau preview mana-mana mukasurat borang tuntutan.
Klik di bawah untuk melihat contoh preview mukasurat-mukasurat borang tuntutan yang dicetak oleh Claim.
Proses membuat tuntutan pada bulan-bulan seterusnya akan menjadi lebih mudah lagi selepas tuntutan pertama. Ini adalah kerana perisian ini akan menyimpan butir-butir tetap tuntutan dan boleh digunakan apabila membuat tuntutan baru (New with Constants).