Senarai Free Utilities(Klik mana-mana link berikut untuk keterangan lanjut)
- Kalkulator Pinjaman Kerajaan
- Penyelesaian Masalah: Segitiga Ajaib
- Latihtubi Gandaan & Faktor
Kalkulator Pinjaman Kerajaan
(812KB, Windows)
Perisian kalkulator ini dibina untuk mengira ansuran bulanan bagi pinjaman kerajaan berdasarkan kadar faedah 4% setahun. Kalkulator ini dapat mengira mana-mana satu pembolehubah dari tiga pembolehubah jika dimasukkan nilai dua pembolehubah yang lain. Tiga pembolehubah yang dimaksudkan itu ialah "Jumlah Pinjaman", "Bilangan Tahun Bayar Balik", dan "Ansuran Bulanan". Sesuai untuk anda yang merancang untuk mengambil pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan atau pinjaman komputer. 
Contoh skrin Kalkulator PK
Penyelesaian Masalah: Segitiga Ajaib
(180KB, Windows)
Saya bina perisian ini bagi menyelesaikan masalah Segitiga Ajaib bersisi 4 nombor (suatu masalah yang menyerupai Petak Ajaib) semasa saya mengendalikan kursus Penyelesaian Masalah dalam Matematik. Perisian ini berupaya menjana semua penyelesaian bagi masalah tersebut. Sila ambil perhatian bahawa password untuk mengaktifkan penyelesaian secara otomatik ialah 900. Program ini sesuai untuk anda yang mengajar tajuk penyelesaian masalah. 
Contoh skrin Segitiga Ajaib
Latihtubi Gandaan dan Faktor
(435KB, Windows)
Perisian ini menyediakan sesi latih tubi bagi kemahiran mencari Faktor Sepunya dalam tajuk Gandaan dan Faktor, Matematik KBSM Tingkatan 1. Perisian ini dibangunkan ketika saya menjadi mentor kepada peserta kursus Latihan Guru Sekolah Bestari ambilan September 1998 di maktab saya. Perisian ini digunakan sebagai salah satu aktiviti dalam Pakej Pembelajaran Gandaan dan Faktor.
Home | Software | Free Utilities | Download | Mailing List | Enquiry | About |