Di sini ditakrifkan nama acara-acara yang akan dipertandingkan dalam kejohanan. Juga ditakrifkan mata/markah mengikut keputusan bagi setiap acara, kelas-kelas yang dipertandingkan, jenis acara (balapan/padang) dan jenis penyertaan (individu/berpasukan).
Dimasukkan di sini rekod-rekod kejohanan dan rekod peringkat yang lebih tinggi. Rekod acara diperlukan bagi mengesan secara automatik kes-kes pecah rekod.
Seterusnya dimasukkan nama-nama rumah sukan atau kontinjen yang mengambil bahagian.
Langkah 3 - Menyusun Jadual Pertandingan
Tarikh dan masa berlangsung setiap acara dimasukkan di sini dan selepas itu Kejola akan menjana Nombor Acara mengikut susunan tarikh. Saringan-saringan bagi mana-mana acara juga boleh ditakrif di sini.
Langkah 4 - Memasukkan Senarai Peserta Mengikut Acara dan Menjana Senarai Kontinjen, atau sebaliknya
Penyertaan bagi setiap acara dimasukkan di sini.
Penyertaan acara boleh juga dimasukkan mengikut kontinjen.
Berdasarkan penyertaan yang dimasukkan, Kejola akan menjana senarai peserta yang lengkap bagi setiap kontinjen.
Langkah 5 - Memasukkan Keputusan Sukantara
Keputusan sukantara dimasukkan supaya mata/markah yang diperolehi oleh setiap kontinjen dikira bagi menentukan kedudukan.