myEduSoft-Perisian Pendidik Malaysia
Software


   

Home
Software
Free Utilities
Download
Mailing List
Enquiry
About

  Borang Pesanan

Made in Malaysia

Made in Malaysia




Best viewed with 1024x768
Copyright © 2008
myname
All rights reserved.

Last Update: 4 Mac 2008
Uniq. Visits:

Sistem Penjadualan Sekolah, SPJS  |  Kejohanan Olahraga, KEJOLA  |  Tuntutan Perjalanan, CLAIM  |  Penyemakan Ujian & Analisis Item, AI

Sistem Penjadualan Sekolah, SPJS


Download SPJS v5 Versi Penilaian (2.61MB, DOS+Windows)

Bayaran Perisian:
   Pesanan baru: RM350/RM450/RM550
   Pesanan upgrade: RM50/RM150/RM200


NEWVersi terbaru SPJS v5 membolehkan LOGO sekolah/organisasi dicetak pada semua jadual. Semua maklumat dan jadual kini boleh dicetak menggunakan sebarang printer (USB atau Parallel) yang dipasang dalam Windows.
Lihat contoh skrin jadual yang dipaparkan dalam Windows.


Perisian ini dibangunakan semasa saya terlibat dengan penjadualan di sebuah institut perguruan di Sarawak. Tujuan asal pembangunan perisian ini adalah untuk menyediakan satu platform untuk menyusun jadual waktu secara click & drop tanpa penyemakan clash secara manual. Kaedah penyusunan jadual ini dinamakan sebagai "Penyusunan Secara Interaktif", iaitu gabungan kepantasan mesin dengan kerasionalan manusia. Keupayaan perisian ini untuk menjana jadual secara otomatik hanya dimasukkan beberapa tahun kemudian. Algoritma penjanaan otomatik yang digunakan masih belum saya anggap sempurna dan kajian mengenainya masih dilakukan. Kerja-kerja penukaran dari versi DOS ke versi penuh Windows sedang dilakukan secara berperingkat. Kini semua data, maklumat dan jadual dalam SPJS versi terbaru (v5) boleh dicetak menggunakan sebarang printer yang dipasang dalam Windows.

Secara ringkas perisian ini dapat menjana 4 jenis jadual secara serentak samada melalui penjadualan secara interaktif atau secara otomatik:

    • Jadual Induk Kelas
    • Jadual Individu Kelas
    • Jadual Individu Guru
    • Jadual Individu Bilik

Pengguna adalah bebas menakrifkan struktur jadual seperti:

    • bilangan hari dalam satu kitaran jadual (maksimum 15 hari bagi jadual anjal 3-minggu),
    • bilangan waktu sehari (maksikum 16 waktu),
    • rehat tunggal atau rehat berperingkat (staggered)
    • kekangan-kekangan waktu atau hari (seperti untuk subjek PJK, guru khas, dsb).

Kemudahan menyediakan jadual ganti (relief) juga disediakan untuk mencari guru pengganti bagi guru yang tidak hadir pada setiap hari.

Sila download SPJS Versi Percubaan untuk mencuba sendiri keupayaan perisian ini. Jika anda mempunyai cadangan samada untuk pembaikan atau cadangan kemudahan baru, sila cadangkan melalui Borang Enquiry.

Contoh-contoh skrin SPJS (klik untuk saiz penuh)

Skrin Menu Utama

Skrin Susun Jadual

Susun Jadual Ganti

Skrin SPJSview


[Klik untuk ke Laman SPJS]





Home | Software | Free Utilities | Download | Mailing List | Enquiry | About