Soal Selidik Keperluan
Latihan Dalam Perkhidmatan

Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Haim
08000 Sungai Petani

Kedah Darul Aman



Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim akan menjalankan beberapa siri kursus latihan dalam perkhidmatan bagi meningkatkan profesionalisme guru-guru. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan anda terhadap kursus yang melibatkan kerjaya anda sebagai guru. Ianya mempunyai tiga bahagian.

Bahagian I adalah mengenai maklumat diri dan latar belakang anda sebagai seorang guru.
Bahagian II adalah senarai kursus dalam perkhidmatan yang ditawarkan.
Bahagian III adalah soalan terbuka untuk memberi peluang kepada anda menyatakan kursus-kursus lain yang anda perlukan
tetapi tidak tersenarai di dalam senarai kursus yang ditawarkan.

Sila ambil maklum soal selidik ini bukan merupakan tawaran kursus kepada anda.

Sila beri maklum balas tuan/puan bagi kesemua bahagian dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang anda berikan adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk perancangan dan pelaksanaan kursus yang sesuai dengan keperluan anda bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda di dalam tugas sebagai guru.

Kerjasama dan penglibatan tuan/puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Nama Anda (optional) :   (boleh tidak diisi)
PPD Sekolah Anda Bertugas :